050710 ,
Tenang sahaja mereka pada hari itu. Bersenang-senang sambil menikmati hidangan roti panas bercicahkan kopi ‘o’ pekat. Sambil menjamu selera, mereka mula mengimbau saat-saat bilamana mereka mula bersahabat.
Dahulunya, masing-masing bersendirian. Tidak punya keluarga, isteri mahupun anak-anak. Kecuali salah seorang daripada mereka, yang ceritanya agak panjang lebar untuk diceritakan di sini. Sehinggalah takdir tuhan mempertemukan dua orang daripada mereka ketika sedang secara kebetulan mahu menyamun mangsa yang sama. Maka, timbullah bibit-bibit persahabatan mereka pada hari itu. Menyamun sama-sama, merompak pun sama-sama. Semuanya bersama.
Dan dari jauh, tanpa disedari sahabat yang ketiga ini tertarik dengan aktiviti mereka dan berminat untuk bersahabat baik dengan mereka. Tambahan pula, dia akan terselamat dari disamun dan akan menikmati kekayaan yang melimpah ruah. Setelah ditemuduga, akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk bersahabat. Susah senang bersama.
Dan kini, ketiga-tiga mereka terkenal dengan sikap bengis, biadap dan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan. Orang-orang di sekeliling tidak mampu berbuat apa-apa lantaran takut dengan kejahatan mereka yang maha dahsyat.
Sambil menambah kopi panas ke cawan, sahabat yang pertama daripada mereka bertanya, “Siapa antara kita yang paling jahat dan kejam?” Lantas sahabat yang kedua menjawab, “Akulah.” “Buktikan,” arah si penyoal. Sahabat yang kedua itu terus ke rumah yang berdekatan dan menyamun harta-harta mereka. Kemudian dia kembali membawa barang-barang rompakannya sambil berkata, “Akulah yang paling jahat dan kejam!”
Rasa tercabar, sahabat yang pertama (yang menyoal) terus bangun dan meluru ke arah rumah yang sama. Dia merampas semua harta-harta mereka yang tinggal dan membunuh semua kaum lelaki yang ada, merogol wanita dan membunuh mereka dan membunuh anak-anak mereka sehingga tidak ada seorang pun yang hidup di rumah itu. Denagn tangan dan pakaian yang berlumuran darah, dia berteriak, “Akulah yang terkejam dan terjahat di bumi ini..!!”
Tiba-tiba, sahabat ketiga bangkit perlahan-lahan dan berkata, “Tidak! Bahkan akulah yang paling zalim, kejam dan jahat di dunia..” Sahabatnya yang lain kehairanan. “Mengapa pula, wahai sahabatku?” soal sahabat yang pertama.
“Aku paling jahat. Aku paling kejam. Kerana rumah yang kamu berdua samun itu adalah rumah aku. Lelaki yang kamu bunuh itu adalah ayah dan adik-beradik lelakiku, dan wanita yang kamu cabuli dan bunuh itu adalah ibu dan adik-beradik perempuanku. Tiada yang lebih kejam di dunia ini melainkan aku kerana membiarkan mereka, kaum kerabatku terseksa dan menderita sedangkan aku mampu menegahnya, sedangkan aku mampu membantunya..”
Begitukah kita?
Jangan lupa membantu keluarga kita di Palestin.
Sekurang-kurangnya, berdoa setiap kali selepas sembahyang.
Doakan sekali untuk Malaysia ye..
*wutwut : thx to JUST FAIZ :)
No comments:
Post a Comment
Dont use harsh words kay syg ? ♥♥